25 May 2015

Lawatan Penal Penilai BOSS Kebangsaan 2015

Lawatan Penal Penilai BOSS Kebangsaan Ke Sekolah Kebangsaan Dato' Kayaman. Lawatan dimulakan dengan Sesi tayangan Video Pengurusan BOSS dan diikut dengan pemantauan di dalam BOSS dan Sistem failnya. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat begi menjayakan semua aktiviti  SPBT dan BOSS,
Sesi bergambar dengan Penal Penilai dan Wakil JPN Perlis.


Gambar kenangan Penyelaras SPBT dengan Penal Penilai.

Penal Penilai membuat penilai terhadap Sistem Fail SPBT.

Penyampaian Cenderamata kepada Wakil JPN Perlis.




23 May 2015

Taman BOSS

Suasana menghijau dan tenang amat bersesuaian untuk murid-murid SK Dato' Kayaman menjalankan proses PdP dengan selesa. Taman BOSS telah diadakan sebagai memenuhi tujuan tersebut, dengan adanya Taman BOSS ini dapat memberikan keselesaan kepada semua warga SK Dato' Kayaman menjalani proses PdP.

Taman BOSS SK Dato' Kayaman, Perlis.

Suasana BOSS SKDK untuk Pemantauan Penal Penilai Pringkat Kekangsaan 2015

Suasana yang telah berjaya dihasilkan oleh Guru-guru SPBT dan semua yang terlibat bagi menjayakan dan  menceriakan BOSS SKDK.














18 May 2015

Projek Inovasi SPBT SK Dato' Kayaman

Bagi Memenuhi kehendak Semasa Unit SPBT SK Dato' Kayaman telah menghasilkan satu inovasi berupa Aplikasi Komputer yang diberi nama SiPLUS versi 1.0. Aplikasi ini membantu Pengelaras dan Guru SPBT membuat pelupusan Buku Teks mengikut ketetapan Arkib Negara. 

Sebelum ini proses pelupusan Buku Teks dilakukan dengan mengisi Borang Kew.PA yang dijanakan oleh Aplikasi Sisteksv2 yang dibangunkan oleh Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia. Mulai 1 Februari 2013, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Arkib Negara telah mencapai persetujuan bahawa Buku Teks tertakluk sebagai Rekod Awam. Oleh yang demikian, pelupusan Buku Teks perlu mengisi Borang Pemohonan Memusnahan Rekod Awam (Akib 2/08). Aplikasi Sisteksv2 tidak boleh menjanakan laporan pelupusan berdasarkan Borang Arkib 2/08. 

Unit SPBT telah menghasilkan satu inovasi merupakan Aplikasi SiPLUS versi 1.0 untuk membantu Penyelaras SPBT dan Guru SPBT melaksanakan proses pelupusan berdasarkan ketetapan semasa. Aplikasi SiPLUS versi 1.0 boleh menjana Borang Arkib 2/08 dan Borang Arkib 12/08 dengan mudah.


Antara muka Menu Utama SiPLUS versi 1.0

 Borang Arkib 2/08 yang dijanakan oleh SiPLUS versi 1.0

27 April 2015

Pelancaran Kempen Sayangi Buku Teks Kita

Pada 27 April 2015 yang lalu satu pelancaran bagi Kempen Sayangi Buku Teks Kita telah dilancarkan oleh Tuan Guru Besar En. Azmi bin Musa. Diharap dengan terlancarnya kempen ini murid-murid di sekolah ini akan mempunyai sifat sayangkan Buku Teks Mereka.

Gimik Pelancaran Kempen Sayangi Buku Teks Kita

Pelancaran Kempen Sayangi Buku Teks Kita oleh
Tuan Guru Besar En. Azmi bin Musa.

16 March 2015

Keceriaan Bilik Operasi SPBT (BOSS)

Proses menceriakan BOSS SK Dato' Kayaman, semua Guru dan Ahli Kelab SPBT telah berkerjasama untuk menghias dan mengecat mural di sekitar bilik.

Memotong bahan untuk dijadikan hiasan BOSS.



Guru Mengcat Mural pada dinding bangunan BOSS

Ahli Kelab SPBT turut membantu mengecat Mural


12 March 2015

Lawatan Pengarah Pendidikan Negeri Perlis

Pada 12 Mach 2015, Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Perlis sempat mengadakan lawatan ke Bilik Operasi SPBT SK Dato' Kayaman, sempena perasmaian Mesyuarat Agong PIBG tahun 2015.

Suasana Bilik BOSS Sempena lawatan Tuan Pengarah