18 May 2015

Projek Inovasi SPBT SK Dato' Kayaman

Bagi Memenuhi kehendak Semasa Unit SPBT SK Dato' Kayaman telah menghasilkan satu inovasi berupa Aplikasi Komputer yang diberi nama SiPLUS versi 1.0. Aplikasi ini membantu Pengelaras dan Guru SPBT membuat pelupusan Buku Teks mengikut ketetapan Arkib Negara. 

Sebelum ini proses pelupusan Buku Teks dilakukan dengan mengisi Borang Kew.PA yang dijanakan oleh Aplikasi Sisteksv2 yang dibangunkan oleh Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia. Mulai 1 Februari 2013, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Arkib Negara telah mencapai persetujuan bahawa Buku Teks tertakluk sebagai Rekod Awam. Oleh yang demikian, pelupusan Buku Teks perlu mengisi Borang Pemohonan Memusnahan Rekod Awam (Akib 2/08). Aplikasi Sisteksv2 tidak boleh menjanakan laporan pelupusan berdasarkan Borang Arkib 2/08. 

Unit SPBT telah menghasilkan satu inovasi merupakan Aplikasi SiPLUS versi 1.0 untuk membantu Penyelaras SPBT dan Guru SPBT melaksanakan proses pelupusan berdasarkan ketetapan semasa. Aplikasi SiPLUS versi 1.0 boleh menjana Borang Arkib 2/08 dan Borang Arkib 12/08 dengan mudah.


Antara muka Menu Utama SiPLUS versi 1.0

 Borang Arkib 2/08 yang dijanakan oleh SiPLUS versi 1.0

No comments:

Post a Comment