25 May 2015

Lawatan Penal Penilai BOSS Kebangsaan 2015

Lawatan Penal Penilai BOSS Kebangsaan Ke Sekolah Kebangsaan Dato' Kayaman. Lawatan dimulakan dengan Sesi tayangan Video Pengurusan BOSS dan diikut dengan pemantauan di dalam BOSS dan Sistem failnya. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat begi menjayakan semua aktiviti  SPBT dan BOSS,
Sesi bergambar dengan Penal Penilai dan Wakil JPN Perlis.


Gambar kenangan Penyelaras SPBT dengan Penal Penilai.

Penal Penilai membuat penilai terhadap Sistem Fail SPBT.

Penyampaian Cenderamata kepada Wakil JPN Perlis.




23 May 2015

Taman BOSS

Suasana menghijau dan tenang amat bersesuaian untuk murid-murid SK Dato' Kayaman menjalankan proses PdP dengan selesa. Taman BOSS telah diadakan sebagai memenuhi tujuan tersebut, dengan adanya Taman BOSS ini dapat memberikan keselesaan kepada semua warga SK Dato' Kayaman menjalani proses PdP.

Taman BOSS SK Dato' Kayaman, Perlis.

Suasana BOSS SKDK untuk Pemantauan Penal Penilai Pringkat Kekangsaan 2015

Suasana yang telah berjaya dihasilkan oleh Guru-guru SPBT dan semua yang terlibat bagi menjayakan dan  menceriakan BOSS SKDK.














18 May 2015

Projek Inovasi SPBT SK Dato' Kayaman

Bagi Memenuhi kehendak Semasa Unit SPBT SK Dato' Kayaman telah menghasilkan satu inovasi berupa Aplikasi Komputer yang diberi nama SiPLUS versi 1.0. Aplikasi ini membantu Pengelaras dan Guru SPBT membuat pelupusan Buku Teks mengikut ketetapan Arkib Negara. 

Sebelum ini proses pelupusan Buku Teks dilakukan dengan mengisi Borang Kew.PA yang dijanakan oleh Aplikasi Sisteksv2 yang dibangunkan oleh Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia. Mulai 1 Februari 2013, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Arkib Negara telah mencapai persetujuan bahawa Buku Teks tertakluk sebagai Rekod Awam. Oleh yang demikian, pelupusan Buku Teks perlu mengisi Borang Pemohonan Memusnahan Rekod Awam (Akib 2/08). Aplikasi Sisteksv2 tidak boleh menjanakan laporan pelupusan berdasarkan Borang Arkib 2/08. 

Unit SPBT telah menghasilkan satu inovasi merupakan Aplikasi SiPLUS versi 1.0 untuk membantu Penyelaras SPBT dan Guru SPBT melaksanakan proses pelupusan berdasarkan ketetapan semasa. Aplikasi SiPLUS versi 1.0 boleh menjana Borang Arkib 2/08 dan Borang Arkib 12/08 dengan mudah.


Antara muka Menu Utama SiPLUS versi 1.0

 Borang Arkib 2/08 yang dijanakan oleh SiPLUS versi 1.0